Skip to main content

Latar Belakang JTICT UTeM

Peranan dan tanggungjawab JTICT adalah seperti yang berikut:

Jawatankuasa Teknikal Teknologi Maklumat (JTICT) merupakan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menimbang, membincang dan meluluskan permohonan kelulusan dari aspek teknikal/spesifikasi ICT seperti perolehan sistem, rangkaian, perkakasan dan perisian ICT yang dipohon atau dicadangkan oleh PTJ/ Fakulti berkaitan.

Berikut adalah Terma dan Rujukan JTICT:

  1. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi setiap penentuan teknikal ICT dan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Digital.
  2. Jawatankuasa Teknikal ICT boleh menjalankan tanggungjawab dengan kehadiran empat (4) ahli Jawatankuasa termasuk Pengerusi dalam satu-satu masa.
  3. Jawatankuasa Teknikal ICT bertanggungjawab menentukan spesifikasi teknikal bagi setiap perolehan projek ICT yang ingin dilaksanakan berdasarkan kelulusan dari Jawatankuasa Pemandu ICT Universiti.
  4. Memperakukan perolehan projek ICT bagi tujuan kelulusan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian mengikut had nilai.
  5. Menyemak dan memastikan serahan projek memenuhi keperluan yang ditetapkan.
  6. Mengkaji isu-isu dasar yang timbul semasa pelaksanaan projek dan memperakukan cadangan penyelesaian kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Universiti untuk kelulusan.
  7. Mengkaji dan memperakukan cadangan penguatkuasaan terma-terma kontrak kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Universiti.
  8. Memberi penyelesaian kepada isu-isu teknikal yang timbul semasa pelaksanaan projek.
  9. Memperakukan serahan projek kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Universiti dan Kementerian untuk kelulusan.
  10. Melaporkan status kemajuan projek kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Universiti dan Kementerian.
  • Pengerusi

    Ketua Pegawai Digital (CDO)

  • Pengerusi Ganti

    Pengarah, Pejabat Ketua Pegawai Digital

  • Ahli Jawatankuasa

    3 orang Wakil Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari:

    1. Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi (PPPK)
    2. Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK)
    3. Pejabat Bendahari

    Wakil pakar dari pihak luar (sekiranya perlu) iaitu:

    1. Wakil Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar
    2. Wakil dari salah seorang Pengurus COE
  • Setiausaha

    Wakil dari PPPK

  • Urusetia

    Unit Perolehan, Pejabat Bendahari