Skip to main content

Skop Dan Had Nilai Projek ICT

  1. Skop projek ICT adalah seperti berikut:
    1. Pembangunan Sistem;
    2. Perkakasan ICT;
    3. Perisian;
    4. Rangkaian dan Peralatan Rangkaian;
    5. Perkhidmatan ICT; dan
    6. Lain-lain perkakasan/perkhidmatan bukan ICT yang menyokong projek ICT.

  2. Projek ICT bagi pembangunan sistem bernilai RM5 juta dan ke atas perlu memohon kelulusan teknikal Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA)

  3. Projek ICT bagi perkakasan ICT, perisian, rangkaian dan peralatan rangkaian, perkhidmatan ICT dan lain-lain perkakasan/perkhidmatan bukan ICT yang menyokong projek ICT bernilai RM10 juta dan ke atas perlu memohon kelulusan teknikal JTISA.

  4. Had nilai kelulusan teknikal JTISA tidak termasuk cukai dan caj Kerajaan yang sedang berkuat kuasa.

  5. Semua perkhidmatan perunding ICT secara penyumberluaran (outsourcing) hendaklah merujuk kepada pekeliling berkaitan perolehan perkhidmatan perundingan secara penyumberluaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.